1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Sabtu, 19 Februari 2011

GKB 14: Bahasa Radio Kurang Sopan

Assalamualaikum dan salam Ukhuwah,
Diari yang kesebelas ingin GKB titipkan berkaitan dengan siaran radio. Aku yakin hampir semua orang suka mendengar radio, tambahan pula mendengar lagu-lagu yang diminati dan celoteh-celoteh dj radio yang amat mencuit dan menggelikan hati. Aku juga merupakan salah seorang yang gemar mendengar siaran radio, terutamanya apabila lagu-lagu kumpulan Ukay’s, Spin, Sting, Spring, Olan, Rahmat, Samudera, Screen, Slam, May, dan sebagainya berkumandang di corong-corong radio kerana bagi aku lagu-lagu tersebut sesuai dengan jiwa dan mampu memberikan semangat kepada aku. Namun demikian, cerita yang ingin dikongsikan bukanlah berkaitan dengan lagu kegemaran aku, tetapi berkaitan dj radio yang sering meggunakan ayat yang aku rasa tidak begitu sopan untuk didengar. Ayat yang disebutkan secara berulang kali oleh dj radio tersebut seperti:
         
Ada aku kisah...
Ada aku kisah…
Ada aku kisah…

Ayat “ada aku kisah?” sudah semakin menular ke dalam jiwa masyarakat kita pada hari ini sehingga hampir setiap hari dan tidak mengira tempat ada sahaja manusia yang menggunakan ayat tersebut dalam kehidupan sehariannya sama ada di dalam kelas, kedai makan, dalam siaran radio dan sebagainya. Ayat tersebut mungkin mengandungi pelbagai fungsi bergantung pada situasi yang dialami oleh penutur tersebut. Namun, ayat tersebut tetap merupakan bahasa yang dianggap kurang sopan dan tidak sesuai digunakan untuk berinteraksi dengan baik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan