1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Sabtu, 19 Februari 2011

GKB12: “Bahasa Jiwa Bangsa” Perlukan Kesedaran Jati Diri Bangsanya.

Salam pembuka bicara,
Pada malam isnin aku telah membaca sebuah buku yang bertajuk “Pendidikan Pembangunan Modal Insan” sampai larut malam untuk menjalani kuiz subjek Modal Insan pada hari isnin tetapi malangnya kuiz tersebut telah ditunda pada minggu hadapan. Dalam keadaan yang mengantuk aku masih terus membaca buku berkenaan dan tertarik pada isu yang diutarakan dalam buku ini. Antara petikan yang diambil dari buku berkenaan seperti:

“jika ada kuasa luar yang hendak meruntuhkan bangsa Melayu-Islam di negara ini, maka caranya ialah musnahkan budaya bangsa itu, musnahkan iman atau keyakinan dan agama mereka, musnahkan bahasa mereka, dan jadikan mereka bangsa yang terlucut dari kesedaran jati diri bangsanya”.
                                 Hassan Ahmad (2006: 356)

Daripada petikan di atas, jelaslah bahawa “Bahasa Jiwa Bangsa” kerana bahasa merupakan cerminan bagi sesuatu bangsa. Menurut Kamus Dewan (1997: 540), jiwa itu bermaksud nyawa, roh, batin, benda, atau orang yang memberi kegiatan serta semangat kepada sesuatu pertubuhan, buah hati. Sekiranya bahasa kita telah mula terhakis daripada kehidupan bangsanya, maka akan hilanglah bangsa itu daripada peta dunia, seumpama hilangnya nyawa, roh atau batin yang menjadikan dan membolehkan jasad itu hidup dan berfungsi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan