1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Sabtu, 19 Februari 2011

GKB13: Teguran Boleh Membawa Padah


Salam Perpaduan,
Pada hujung minggu yang lepas aku dan sahabatku telah ke Pekan Tanjung Malim. Lagi sekali isu yang berlaku di Pekan Tanjung Malim aku utarakan sebagai salah satu isu hangat dalam diariku untuk tatapan pembaca yang budiman sekalian. Di pekan tersebut, kami berdua telah singgah di salah sebuah gerai buah-buahan keran sahabatrku ingin membeli sedikit buah untuk dijadikan sebagai pelawas. Dalam keasyikan kami memilih buah, tiba-tiba datang seorang mak cik dan menanyakan harga yang telah ditetapkan bagi buah limau. Namun, belum sempat peniaga buah itu menjawab pertanyaan mak cik tersebut, telingaku didesingkan oleh suara salah seorang pelanggan di situ yang menyampuk. Semua yang ada di situ termasuklah aku dan peniaga hanya mampu melopong sahaja. Dialognya berbunyi:

          Pelanggan 1 (Mak cik) : Berapa harga sekilo buah 
                                               limau ni?
          Pelanggan 2 (remaja)  : Masam tu mak cik, baik tak
                                               payah beli.

Walau semasam mana pun rasanya, sebagai seorang manusia kita tidak seharusnya menyekat rezeki orang lain. Sekiranya ingin menegur, maka seeloknya tegurlah dengan cara berhemah bukan dengan cara membuta tuli semata-mata. Pandanglah sekeliling dahulu sebelum kita memberikan teguran atau cadangan sedemikian kerana jika tersilap langkah buruk padahnya. Kita juga mungkin boleh disaman di atas pertututran kita yang boleh mengaibkan atau menjatuhkan maruah orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan