1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Selasa, 22 Februari 2011

GKB15: Kerencaman Ayat Mengganggu Proses Komunikasi


Salam persaudaraan,
Dalam kelas sosiolinguistik bahasa Melayu baru-baru ini, pensyarah telah bertanyakan pelajar berkaitan panggilan atau gelaran dalam sebuah institusi kekeluargaan bagi negeri-negeri di Malaysia. Namun, perkara yang aku ingin wartakan kali ini bukanlah berkaitan dengan gelaran atau panggilan dalam institusi kekeluargaan tetapi berkaitan kerencaman ayat. Pensyarah aku telah bertanya kepada seorang pelajar berbangsa India tentang panggilan dalam keluarganya. Jawapan yang diberikan olehnya mengandungi kerencaman untuk difahami. Contoh ayatnya berbunyi:

Pelajar: Kakak kepada ibu saya dipanggil Citti

Ayat di atas boleh dianggap sebagai sebuah ayat yang rencam kerana memakan masa yang lebih untuk memahaminya. Pelajar tersebut juga boleh terus menjawab dengan menggunakan ayat “emak saudara saya dipanggil Citti”. Ayat tersebut merupakan ayat yang mudah difahami dan tidak memerlukan masa yang lama untuk memahaminya berbanding ayat yang dinyatakan oleh pelajar berkenaan. Namun demikian, penggunaan ayat yang rencam tidaklah merupakan suatu kesalahan cuma akan melambatkan komunikasi dua hala sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan