1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Khamis, 20 Januari 2011

Gugurnya Kelopak Bahasa Pertama : "Bangang"



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama kali hendak membuka pekung di dada rasa kekok la pulak tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik. Insya’Allah… Situasi yang ingin diutarakan mengenai perbualan dua orang pelajar di dalam bas sewaktu dalam perjalanan ke kampus. Secara tidak sengaja saya mendengar perbualan mereka dan jangan salah anggap kerana bukan niat saya untuk memasang telinga. Salah seorang pelajar dalam situasi tersebut menggunakan perkataan yang kurang enak didengar  dan saya yakin bahawa orang lain juga mesti mempunyai pendapat yang sama dengan saya jika berada dalam situasi berkenaan. Perbualan tersebut berbunyi seperti di bawah:

            Pelajar A : banyaknya buku nak kena beli.
            Pelajar B : tu la, dah la duit PTPTN tak masuk lagi.
Bangang betul!

 “Bahasa jiwa bangsa”, itulah pepatah Melayu yang sering digunakan tidak kira dalam kalangan pendidik, pelajar, mahupun pekerja untuk melambangkan signifikan bahawa bahasa melambangkan adat dan budaya sesuatu bangsa. Jika seperti inilah bahasa yang digunakan oleh pelajar kita, maka rosaklah nama bangsa, runtuhlah martabat bangsa dan pincanglah ukhuwah bangsa. Dimanakah letaknya nilai sesuatu bangsa?. Jika dilihat dari aspek semantik, perkataan “bangang” ini mempunyai makna yang sama dengan perkataan “bodoh”. Sebagai seorang pelajar yang mempunyai didikan ilmu yang tinggi tidak seharusnya menggunakan perkataan tersebut dalam kehidupan seharian sehingga menjadi kebiasaan baginya. Sebaliknya pelajar perlulah mempunyai nilai-nilai positif  dalam diri serta mempraktikkanya untuk menjadi warga yang berguna kelak dengan menuturkan kata-kata yang tertib, sopan, dan sesuai dengan adat dan budaya ketimuran kita. Pepatah Melayu ada menyebut, 'yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa'. Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan