1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Isnin, 31 Januari 2011

Gugurnya Kelopak Bahasa Kesepuluh : Berbagai atau Pelbagai?

 Assalamualaikum dan salam ukhuwah,
Sebagai seorang makhluk Tuhan yang normal, setiap hari kita tidak terkecuali daripada berbahasa sama ada bahasa lisan, bahasa tulisan mahupun bahasa nonverbal. Namun demikian, setiap hari juga ada sahaja masalah bahasa yang dilakukan oleh masyarakat di sekeliling kita, tidak kira bangsa, usia, jantina, darjat mahupun pangkat. Kita akan dihujani dengan pelbagai situasi yang berbeza bergantung kepada keadaan dan pelbagai faktor. Apa yang ingin saya utarakan pada coretan kali ini adalah kesalahan bahasa yang digunakan oleh seorang pensyarah saya sendiri, namun nama beliau tidak perlukan saya terangkan secara terperinci. Mungkin ada segelintir pelajarnya yang tidak perasan dengan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pensyarah tersebut tetapi saya sempat mencatatnya untuk dijadikan isu hangat di dalam blog GKB ini. Tutur katanya berbunyi:

          Berbagai cara yang boleh kita gunakan.
          Berbagai pendekatan…
         
Perkataan “berbagai” digunakan oleh pensyarah tersebut tanpa menggandakannya. Tidakkah kita tertanya-tanya, begitu cetekkah pengetahuan pensyarah tersebut tentang bahasa?. Sepatunya perkataan “berbagai” perlu digandakan menjadi “berbagai-bagai” ataupun gunakan sahaja perkataan “pelbagai” untuk menunjukkan perkara yang bbermacam-macam. Pada pendapat saya, seorang pensyarah perlulah mempunyai kefahaman tentang bahasa dan menggunakan bahasa dalam kehidupan seharian dengan baik supaya tidak menimbulkan tanggapan negatif dalam kalangan pelajarnya. Jika pensyarah menggunakan bahasa yang salah dalam pengajaran, maka sudah pasti pelajar juga akan turut terikut dengan ajarannya. Bak kata pepatah “bapa borek, anak rintik”.

1 ulasan:

  1. Tentang penggunaan perkataan "berbagai" dan "pelbagai", saya juga pernah melakukan kesilapan di atas sehingga suri saya memperbetulkannya. :)

    BalasPadam