1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Ahad, 30 Januari 2011

Gugurnya Kelopak Bahasa Kelapan : "Mak long" menggantikan "maklum"


Ahlan Wa Sahlam,
Gugurnya Kelopak Bahasa (GKP) kali ini ingin mengupas tentang isu kesalahan bahasa yang berlaku dalam Facebook (FB) yang menjadi penghubung sosial yang sedang aktif pada masa kini. Semasa membelek FB, GKP terbaca status seorang makhluk Tuhan pada laman berita utama dan tertarik untuk mengupas mengenai bahasa yang digunakannya. Yang tertulis adalah seperti:

tlg tag kwan2, sesiapa yg like akan dikira pergi....
tarikh x akan diubah... harap mak long

apa yang GKB ingin kupaskan bukan berkaitan penggunaan bahasa “rojak” ataupun penggunaan singkatan, tetapi sangat teruja ingin mengupas mengenai frasa “mak long” yang digunakan. GKB sangat keliru mengenai frasa tersebut. Adakah frasa “mak long” itu digunakan untuk menunjukkan panggilan bagi emak saudara yang paling tua?. Namun demikian, jika diteliti dalam konteks ayat tersebut, GKB yakin dan percaya bahawa frasa tersebut bagi menggantikan perkataan “maklum”. Frasa tersebut boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan pembacanya. GKP bahasa sendiri pun tidak pasti sama ada si penulisnya kurang pengetahuan tentang bahasa ataupun sengaja ingin menimbulkan kontroversi. Hanya satu nasihat GKB, manfaatkanlah bahasa dengan sebaiknya kerana “Bahasa Jiwa Bangsa”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan