1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Khamis, 27 Januari 2011

Gugurnya Kelopak Bahasa Keenam : ditekankan atau ditekangkang?

Assalamualaikum w.b.t.
Pada minggu ini, Gugurnya Kelopak Bahasa dihujani kekeliruan berkaitan penambahan huruf pada perkataan yang biasanya berakhir dengan huruf /n/ atau secara mudahnya boleh diibaratkan seperti ”imbuhan –g” yang digunakan oleh masyarakat Terengganu. Timbul satu pertanyaan yang berbunyi “ada juga ke imbuhan –g ni?”. Kelihatannya begitu unik, namun kadang kala menimbulkan kekeliruan kepada para pendengarnya terutama masyarakat pantai barat. Pada 25 Januari lalu, Gugurnya Kelopak Bahasa telah menyertai satu Majlis Rapatan Perpaduan yang dihadiri oleh seorang jemputan yang berasal dari negeri Terengganu. Beliau telah memberikan ucapan dengan begitu bertenaga sekali sehingga para hadirin berasa tertarik untuk mendengar dengan lebih lanjut. Namun demikian, dalam ucapan tersebut beliau banyak menyebut perkataan dengan tambahan huruf /g/. Ucapan beliau berbunyi:
         
Pengucap : Yang penting nak ditekangkang

Perkataan “ditekangkang” yang bermaksud “ditekankan” boleh menimbulkan tanggapan yang negatif oleh segelintir hadirin yang tidak begitu memahami dialek Terengganu yang digunakan. Dalam majlis sedemikian, pengucap seharusnya menggunakan bahasa dengan baik agar segala yang diucapkannya mudah difahami dan motif yang ingin disampaikan berjaya menusuk ke dalam jiwa pendengar dengan jelas dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan