1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Isnin, 31 Januari 2011

Gugurnya Kelopak Bahasa Kesembilan : "Bahasa Menjunjung Budaya"

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Pada ketika orang lain sudah berada di kampung menikmati udara segar, menjamah makanan yang lazat, bermesra dengan keluarga tercinta, Gugurnya Kelopak Bahasa masih lagi di Kolej Harun Aminurashid atas sebab-sebab tertentu. Bagi mengisi masa lapang, GKB telah melayari internet dan memasuki laman youtube untuk mencari lagu bagi menghiburkan hati yang sunyi dan bosan. Lalu GKB tertarik dengan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Imran Ajmain, “Bahasa Menjunjung Budaya” tajuknya. Seni katanya berbunyi:

Bahasa Menjunjung Budaya

Mari bangsaku mari saudara
Kita gunakan bahasa bonda
Sebagai lidah penggugah rasa
Cinta bahasa cinta budaya

Demi cinta kepada budaya
Kita penatar bahasa bonda
Bahasa maju budaya jaya
Maruah bangsa terpelihara

Cintailah bahasa ibunda
Cintailah budaya pusaka
Bahasa yang menjunjung budaya
Budaya nilai maruah bangsa


Hanya dengan sekali dengar sahaja lagu ini sudah berjaya menusuk ke dalam kalbu GKB kerana susunan kata-katanya yang mendalam, puitis, estetik dan penuh dengan pesan didaktik. Apabila dihayati bait demi bait, seni katanya memberikan kedamaian, keharmonian, ketenangan dan kesedaran dalam diri sendiri untuk terus mencintai bahasa ibunda dan memperjuangkannya demi memartabatkan budaya dan bangsa.  Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu memikul tanggungjawab dalam memperjuangkan bahasa ibunda demi memartabatkan budaya dan bangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan