1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Selasa, 18 Januari 2011

Titipan Pembuka Bicara


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah…”sudah nampak rupa rupanya blog aku nie tapi tak lawa cam orang lain punya lagi”…hehe…macam tu la suara hati berbisik…walau bagaimanapun, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan izin kurnia-Nya blog yang bertajuk, “Gugurnya Kelopak Bahasa” yang membicarakan mengenai isu-isu kesalahan bahasa dalam kalangan masyarakat setempat telah dihasilkan dengan lancar dan selamat. Blog ini diciptakan khas untuk subjek Sosiolinguistik Melayu yang mewajibkan saya menghasilkan diari. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Fawiz yang banyak memberi tunjuk ajar dan kepada sahabat baikku yang sentiasa ayu jelita, Siti Nor Aizah bt. Omar yang banyak membantu. Tidak lupa juga nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada Dr. Siti Saniah bt Abu Bakar yang banyak memberi tunjuk ajar, dorongan dan membuka serta mencambahkan mindaku untuk meneraju dunia IT dengan lebih mendalam. Semoga saya dan rakan seperjuangan berjaya menghasilkan tugasan ini dengan jayanya. Sama-samalah kita berjuang menegakkan bahasa kita kerana “Bahasa Budaya Bangsa”. Selamat Berjaya...=)


Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Bahasa yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang kuberi pulang
Tinggalkan komen barang sepatah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan