1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Rabu, 2 Mac 2011

GKB 18: Pilihan Raya Kampus (PRK)

Assalamualaikum...
Seminggu yang lepas Universiti Pendidikan Sultan Idris telah digempar-gempurkan oleh PRK, terutamanya di Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Calon-calon pilihan raya giat menjalankan kempen untuk meraih undi yang tertinggi. Namun demikian, terdapat segelintir calon yang mungkin akan terpilih menjadi pemimpin menggunakan bahasa yang kurang enak didengar. Antaranya seperti berikut:

          Penonton : Apakah manifesto anda?
          Calon PRK: "Mahasiswa lembu".

Manisfesto yang diutarakan oleh salah seorang calon PRK ialah mahasiswa lembu, yang bermaksud mahasiswa yang hanya menurut sahaja segala perlakuan yang dilakukan terhadapnya, walaupun perlakuan tersebut tidak baik untuk dirinya. Manifesto yang diutarakan oleh calon tersebut memanglah wajar tetapi sebagai calon yang bakal menjadi pemimpi kepada sekalian mahasiswa, calon tersebut sepatutnya menggunakan bahasa yang baik agar dapat meningkatkan imej pemimpin di mata khalayak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan