1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Ahad, 13 Mac 2011

GKB 25: Buku Sekadar Penyemak Rumah


Ahlan Wa Sahlam,

Pada minggu ini, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) telah mengadakan pameran buku jadi terdapat pelbagai jenis buku yang dijual, antaranya novel, buku rujukan, majalah dan sebagainya. H.G. Andriese mendefinisikan buku sebagai “informasi tercetak di atas kertas yang dijilid menjadi satu kesatuan”. Ibarat lautan luas yang tidak berpenghujung untuk diteroka, begitulah juga lautan ilmu yang dimiliki oleh sebuah buku. Menerusi buku kita diajak berkelana ke sebuah dimensi kehidupan dan pemikiran yang sepenuhnya berbeza. Buku jugalah yang menghidupkan semula tokoh-tokoh silam dan membina kembali tamadun lampau untuk dijelajahi. GKB mempunyai satu cerita yang ingin dikongsi bersama pembaca yang setia sekalian. Cerita ini disampaikan oleh rakan sebilik GKB sendiri dan bukannya rekaan semata-mata. Ceritanya berbunyi begini:


Di sebuah gerai buku terdapat sepasang kekasih yang sedang membelek-belek beberapa buah buku rujukan dan mereka berdua berdialog.

Wanita: Abang nak beli buku ke?
Lelaki: Abang tak minat la baca buku.
Buku kat rumah tu pun buat semak je.
          Wanita: dah tu, jom kita ke gerai lain lah.

Daripada perbualan di antara pasangan kekasih di atas, jelas menggambarkan bahawa kedua-duanya memang tidak suka membaca buku bahkan mengganggap buku merupakan sesuatu yang menyemakkan. Sikap yang buruk tersebut mestilah dihindari kerana buku merupakan sesuatu yang sangat berharga kepada setiap insan. Buku mengandungi pelbagai fungsi, iaitu sebagai alat untuk mengisi masa lapang, menghiburkan pembaca, member pengetahuan dan juga maklumat. Bukulah yang menjadikan seseorang itu sebagai insan yang berguna dan berilmu pengetahuan. Tanpa buku siapalah kita, jadi hargailah buku seperti kita menghargai diri sendiri. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan