Assalamualaikum dan salam pembuka bicara,
Diari GKB yang ke-19 akan menyentuh mengenai kata ganda. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Kata ganda terdiri daripada lima jenis, iaitu kata ganda seluruh, kata ganda semu, kata ganda separa, kata ganda bersajak atau berima, dan kata ganda berimbuhan. Semasa melawati laman sosial, iaitu “Facebook”, saya terbaca suapan berita salah seorang ahlinya. Bunyinya seperti di bawah:
Nikustika Yeo: Sejak-sejak akhir niee..
Mandi xbasah.. Tidur x lena...
Makan pon x kenyang..
Saya tidak mahu membicarakan mengenai bahasa singkatan yang digunakan, sebaliknya saya mahu mengulas mengenai kata ganda yang digunakan, iaitu “sejak-sejak". “Sejak-sejak” merupakan kata ganda penuh. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan “sejak” tidak boleh digandakan. Hal yang demikian menyalahi hukum gramatikal. Oleh sebab itu, pengguna bahasa haruslah menggandakan perkataan “akhir” sahaja. Contohnya, sejak akhir-akhir ini…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan