Ahlan Wa Sahlam,
Kali ini GKB ingin berkongsi sesuatu dengan pembaca setia blog GKB. Beberapa hari yang lalu, GKB terbaca satu karangan surat memohon cuti seorang pelajar cina yang bernama Ng Zi Wen. Surat tersebut membuatkan GKB tergelak bagaikan mahu pecah perut dan GKB juga yakin kalian juga akan tergelak sama sekiranya membaca surat tersebut. Surat tersebut seperti di bawah:
Namun, bukan isi surat yang sangat mencuit hati yang ingin GKB utarakan, tetapi mengenai bahasa yang digunakan. Jika dilihat dalam surat memohon cuti tersebut, pelajar Cina telah mencampurkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina dalam suratnya dalam menghasilkan karangan bahasa Melayu sehingga guru sendiri telah menulis dan memberikan peneguhan kepada pelajar tersebut seperti, “Jangan campur bahasa Cina dalam karangan bahasa Melayu!!”. Hal yang demikian tidak seharusnya terjadi dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan