1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Ahad, 13 Mac 2011

GKB 26: Pengaruh Filem Hantu Kak Limah Balik Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pengaruh…? Sebagai seorang manusia, seseorang itu tidak terlepas daripada pelbagai pengaruh. Contohnya, pengaruh keluarga dan guru untuk memilih tempat belajar di universiti, pengaruh kawan untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti, pengaruh kekasih untuk menjadi yang terbaik dan pelbagai pengaruh lagi, begitu juga dengan filem. Filem banyak mempengaruhi para penontonnya, contohnya filem “Hantu Kak Limah Balik Kampung” semakin mempengaruhi dalam kalangan mahasiswa sendiri, tidak kira situasi dan keadaan sehingga dialog dalam filem tersebut juga digunakan oleh dalam Pilihan Raya Kampus (PRK). Antara dialog yang digunakan seperti:

Ceciter…ceciter…
Kita bak0…kita bak0…

Kisah dalam sesebuah cerita mempunyai pengaruh dan peranan yang sangat penting, lantaran kisah tersebut juga boleh dijadikan salah satu metode pengajaran dan teladan. Dalam al-Qur’an sendiri telah menyatakan bahawa kisah pengajaran dan teladan dalam sesebuah cerita adalah sangat penting, iaitu:

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman“.           [Yusuf/12:111].
Oleh itu, memberi nasihat dengan memaparkan cerita-cerita yang menarik, akan memberikan pengaruh yang besar kepada jiwa penonton, terutamanya kanak-kanak, tambahan pula sesebuah cerita itu mempunyai cara yang menarik dari segi menyampaikannya, sehingga mampu mempesona dan memberikan pengaruh yang mendalam kepada pendengar dan penontonnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan