Assalamualaikum, apa khabar?
Di antara pembaca setia blog GKB, siapakah yang menggunakan talian digi? Jika anda adalah salah seorang pengguna talian digi, maka anda akan mendapat masa berbual lebih lama dengan bayaran yang sedikit. Penyataan tersebut adalah dipetik dan diubahsuai berdasarkan iklan digi, iaitu:
Caaakap banyak, bayar kurang.
Berdasarkan ayat di atas, iaitu “caaakap banyak, bayar kurang” tergolong dalam majas penegasan atau repitisi. Majas adalah bahasa kias yang dipergunakan untuk menimbulkan kesan imaginatif atau menciptakan kesan-kesan tertentu kepada pembaca atau pendengarnya. Repitisi pula membawa makna perulangan kata, frasa, dan klausa yang sama dalam suatu ayat dan ayat di atas mempunyai pengulangan, iaitu pengulangan vokal /a/ untuk memberikan peneguhan atau penegasan kepada khalayak pembacanya. Dalam iklan sesuatu, penegasan atau peneguhan sedemikian dapat menarik minat dan perhatian serta memujuk para pelanggan untuk memiliki produk yang diiklankan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan