Salam sejahtera kepada pembaca yang setia,
Hari ini GKB ingin berkongsi sesuatu yang dikatakan “pelik tapi benar”. Dalam pembentangan Semantik dan Pragmatik bahasa Melayu baru-baru ini yang dibentangkan oleh seorang pelajar minor bahasa Melayu. Dalam pembentangannya, pembentang tersebut menggunakan perkataan seperti berikut:
Pembentang: “an…an…an…”
GKB tertanya-tanya, apakah maksud perkataan “an…an…an…” yang digunakan oleh pembentang? Setelah diamati, diteliti, dan dikaji barulah GKB mendapati bahawa perkataan tersebut digunakan untuk menggantikan perkataan “kan”. Hal yang demikian tidak sepatutnya berlaku dalam pembentangan tambahan pula pembentangan subjek bahasa Melayu, walaupun pembentang tersebut hanyalah minor bahasa Melayu kerana dia juga berkemungkinan akan mengajar bahasa Melayu setelah menjadi guru kelak. Tuntasnya budaya berbahasa dengan betul haruslah dipraktik dan diterapkan dari sekarang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan