1000 MaCaM

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok".

Sabtu, 5 Mac 2011

GKB 22: Kebab Ayam Pita

Salam persaudaraan,
Pada hujung minggu yang lalu, seperti biasa terdapatnya pasar malam di Pekan Tanjung Malim. GKB pula terliur hendak memakan kebab ayam yang dibungkus dengan roti pita. Jadi GKB telah mengirimkan kebab tersebut kepada salah seorang kawan yang ingin ke pekan tetapi tidak difahami oleh kawan tersebut dan bertanyakan kembali kepada GKB. Dialognya berbunyi begini:
         
          Saya: Tolong belikan saya kebab ayam pita satu.
          Kawan: Hah…kebab ayam pita? Macam mana tu?

Kawan tersebut mengetahui mengenai kebab ayam tetapi tidak memahami istilah atau bahasa singkatan “kebab ayam pita” yang saya gunakan. Sebaliknya kawan tersebut memahami maksud yang berlainan daripada yang saya maksudkan, iaitu ayam tersebut dipita-pitakan. Setelah itu saya menjelaskan kepadanya bahawa kebab ayam tersebut dibungkus dengan roti pita. Tuntasnya, janganlah kita menggunakan bahasa yang boleh mengelirukan orang lain dan menimbulkan kesalahfahaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan