Salam
Ukhuwah Fi Sabilillah,
Baru-baru ini, GKB telah menjalankan pengajaran makro di salah sebuah sekolah yang berdekatan. Semasa berurusan dengan sekolah tersebut, GKB telah terpandang satu bena di hadapan pejabat sekolah berkenaan. Bena tersebut menggunakan frasa seperti berikut:
“Tabiat Tak Pa, Bumi Binasa”
Saya sangat tertarik untuk mengulas frasa “tak pa” dalam ayat tersebut. Frasa “tak pa” merupakan singkatan kepada “tidak mengapa”. Secara zahirnya frasa tersebut menimbul dan memberikan keunikan, keindahan dan kemudahfahaman dalam kalangan pembacanya. Namun, secara dalamannya singkatan sedemikian memberikan kesan yang cukup mendalam kepada kalangan pembacanya, terutama kepada pelajar sekolah tersebut kerana mereka mungkin akan terpengaruh dengan bahasa singkatan sebegitu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan