Salam Ukhuwah Fi Sabilillah,
Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif dari orang atau kelompok yang menggunakan kata atau frasa tersebut. Contohnya, frasa “ibu ayam” boleh membawa dua maksud atau konotasi, iaitu:
1. Ibu kepada anak-anak ayam - konotasi positif
2. Pihak yang memperdagangkan orang - konotasi negatif
Bagi maksud yang pertama, frasa “ibu ayam” membawa maksud ibu kepada anak-anak ayam dan bagi maksud yang kedua pula, frasa “ibu ayam” bermaksud pihak yang memperdagangkan orang. Maksud yang kedua juga boleh digolongkan ke dalam jenis peribahasa, iaitu simpulan bahasa. Sering kali berlaku persalahfahaman terhadap frasa "ibu ayam". Oleh hal yang demikian, untuk mendapatkan makna yang tepat dan jitu, maka perlulah dilihat dan diteliti berdasarkan konteks ayat.

salam...ikut blog ini..jemput singgah di blog saya k..
BalasPadamthank u bagi maklumat
BalasPadam